Container Icon

9 Fakta Menarik Apabila Lelaki Memasak


1) Menurut kajian, 99.9% lelaki di Malaysia amat pandai masak kari. Tapi megi kari saja la.
2) Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk.
3) Kadangkala apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah, bukan main bising lagi.
4) Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju. Yang lebih seksi hanya memakai tuala. Yang lagi kurang bersih memasak sambil menghisap rokok
5) Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur.
6) Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat. Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan main lagi besar.
7) Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri. Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam.
8 ) Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki. Yang penting, asalkan kenyang. Tapi kalau perempuan yang masak, komplen dia banyak sikit. Betul tak?


P/s : Hanya sebagai gurauan dan hiburan semata-mata, kalau ada yang sama tu mungkin kebetulan semata-mata :p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pesanan Imam Al Ghazali

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...

1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )

 
2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 )

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .


4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?"

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )

 
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.



5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.


6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ketupat Sotong

Ermmmm pertama kali aku mencuba untuk buat ketupat sotong ni... tekak ni tetiba jer terasa nak makan,so apa lagi aku ajak suami aku pergi ke pasar untuk mencari sotong...alhamdulillah rezeki ada...walaupun tak banyak tapi boleh la melepaskan keinginan aku untuk makan ketupat sotong... Haaaa gambar yang kat atas tulah hasil ketupat sotong yang aku buat hehehe.. pertama kali buat ok la jadi juga akhirnya walaupun pulut didalamnya terlembik sedikit... Yang penting suami aku kata ''SEDAP''...next time buat aku boleh perbetulkan pulut yang lembik tu..biasalahkan orang baru belajar mesti ada kekurangannya dari situlah kita dapat perbetulkannya....Aku nak kongsikan pada korang semua resepi untuk ketupat sotong ni....Ketupat sotong ini merupakan makanan tradisional Melayu di Pantai Timur.


Bahan-bahan (5-6 orang)

10 ekor sotong yang besar + gemok
1 cawan beras pulut
2 ulas bawang merah dimayang
1 1/2 inci halia dimayang
Santan
Garam dan gula
Halba (fenugreek)
Lidi yang dipotong pendek

Cara-cara
  1. Bersihkan bahagian dalam sotong.
  2. Rendam beras pulut selama 15 minit. Letak sedikit santan dan garam.
  3. Masukkan beras pulut ke dalam sotong. Tinggalkan sedikit ruang dan cucuk lidi di bahagian hujung sotong.
  4. Rebus sotong yang telah diisi pulut di dalam periuk sehingga beras pulut masak. Kemudian toskan sotong itu.
  5. Mayang bawang besar dan halia.
  6. Masukkan sotong yang siap direbus dalam periuk. Kemudian masukkan santan.
  7. Masukkan bawang besar, halia dan halba.
  8. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  9. Tunggu dalam masa 10-15 minit. Siap untuk dihidangkan

MUDAH + CEPAT + SEDAP....... YUMMYY !!!!! SELAMAT MENCUBA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 Jenis Wanita Yang Jadi Perhatian

1. Sikap KeibuanBanyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.

2. Keanak-anakanDalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3. Penuh PengertianSikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

4. MenghargaiWanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dengan wanita yang suka di perlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5. Menjaga PenampilanLelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6. Pandai BerbicaraLelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.

7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan DiriWanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.Apabila berhadapan dengan suasan yang baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8. Menghormati Diri SendiriLelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9. Simpati dan Prihatin Lelaki suka wanita yang murah hati,mengambil berat, simpati pada nasib yang susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa Untuk Seorang Ibu

  • Khas untuk arwah bondaku yang telah kembali ke rahmatullah juga kepada semua yang bergelar ibu... Semoga ALLAH merahmatimu... AMEEN YA RABBAL ALAMIN...sayangilah ibu kita selagi mereka masih ada sesungguhnya syurga itu terletak dibawah telapak kaki seorang ibu...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 Tips Untuk Para Isteri Agar Di Sayangi Suami

Setiap isteri sudah pasti mendambakan kasih sayang dan perhatian daripada seorang suami. Namun tahukah anda wahai para isteri, untuk mendapat kasih sayang dan perhatian daraipada seorang suami bukanlah sesuatu yang automatik berlaku sebaik sahaja anda berkahwin dan berstatus suami isteri.
Malah usaha ke arah yang diinginkan itu perlu dilaku oleh para isteri agar ianya mendapat perhatian sang suami yang mungkin sibuk bekerja mencari rezeki untuk keluarga. Berikut adalah tip-tip yang sebaiknya diamalkan oleh si isteri untuk memastikan kasih dan perhatian suami tidak berkurangan sepanjang kehidupan berumahtangga:
 
  1. Berhias, namun tidak perlu bersolek hebat. Cukup sekadar senang dan manis dipandang
  2. Menyenangkan, jangan tidak tahu bergurau. Kebanyakan suami suka mengusik isteri, jangan cepat merajuk, sambut jenakanya dengan tawa
  3. Pandai mendahulukan suami, menghormati pandangannya. Minta izin jika ingin ke mana-mana dan minta keputusannya dalam urusan rumahtangga. Yakini suami sebagai pemimpin
  4. Bersikap sederhana dan jangan meminta suami di luar kemampuannya.
  5. Memanjakan suami seperti memotong kukunya, menyediakan air minuman atau mengurut badan jika ia kepenatan
  6. Bijak dan berpengetahuan kerana bertukar-tukar fikiran dan komunikasi berkesan penting untuk kebahagiaan rumahtangga
  7. Hormati hak peribadinya, jangan terlalu ‘busybody’ seperti sering memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dsb. Yakini kesetiaan suami
  8. Jangan membanding-bandingkan suami dengan suami orang lain yang lebih kaya atau berkedudukan
  9. Pandai menjaga diri apabila ke luar rumah, menjaga maruah suami
  10. Ada di sisi suami sewaktu jatuh dan bangunnya, meniup semangat sewaktu suaminya gundah, menemani suami mengharungi kehidupan dan mencintai suaminya sepenuh hati
Semoga tip-tip ini mampu membantu kita menyemai kasih sayang suami isteri. InsyaAllah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenapa Perempuan Suka Membebel


Membebel sangat sinonim dengan seorang wanita...bagi yang telah berkahwin seringkali dikatakan suka membebel...itu tak kena,ini tak kena hehe... aku salah seorang daripadanya..alhamdulillah nasib baik suami aku ni seorang yang penyabar.......Wanita memang tidak dapat lari dari sikap suka membebel.... Jom kali ni aku nak kongsikan pada semua informasi "KENAPA PEREMPUAN SUKA MEMBEBEL"..

1) Wanita membebel kerana inginkan perhatian.
2) Sebagai tanda peringatan.
3) Marah dan geram.
4) Fitrah wanita tidak suka memendam perasan.
5) Mengulas mengenai kecenderungan isteri kuat membebel terutama dalam konteks masyarakat tempatan, pakar motivasi dan psikologi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, berpendapat memang sudah lumrah semulajadi seorang wanita yang memiliki paras hormon estrogen berlebihan lalu gemar meluahkan pendapat dan pandangan sehingga dilihat seolah-olah membebel. 
6) Tujuan utama wanita terutama isteri membebel ialah untuk membuktikan kasih dan sayang kepada pasangan. 
7) Malah, sudah dibuktikan dalam kajian di mana kita melihat bagaimana wanita mampu melontarkan sehingga 30,000 kuota simbol dan kata-kata dalam sehari sedangkan lelaki hanya kira-kira 7,000 kuota yang sama. 

Kesimpulannya, apa yang penting adalah sikap tolak ansur antara pasangan... Banyak sebab wanita itu membebel...alam perkahwinan itu sangatlah indah namun banyak pancarobanya. Jika tidak cekap 'handlenya' rumahtangga yang dibina mudah runtuh dan dibawa ombak pantai. (Cewahhhh,pandai-pandai je aku ni kan.. hehe...) Terimalah wanita seadanya, diorang membebel pun sebagai tanda sayang dan ingat-mengingati...

WALLAHUALAM......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
ilovemyfamily. Powered by Blogger.