Container Icon

Kenapa Perempuan Suka Membebel


Membebel sangat sinonim dengan seorang wanita...bagi yang telah berkahwin seringkali dikatakan suka membebel...itu tak kena,ini tak kena hehe... aku salah seorang daripadanya..alhamdulillah nasib baik suami aku ni seorang yang penyabar.......Wanita memang tidak dapat lari dari sikap suka membebel.... Jom kali ni aku nak kongsikan pada semua informasi "KENAPA PEREMPUAN SUKA MEMBEBEL"..

1) Wanita membebel kerana inginkan perhatian.
2) Sebagai tanda peringatan.
3) Marah dan geram.
4) Fitrah wanita tidak suka memendam perasan.
5) Mengulas mengenai kecenderungan isteri kuat membebel terutama dalam konteks masyarakat tempatan, pakar motivasi dan psikologi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, berpendapat memang sudah lumrah semulajadi seorang wanita yang memiliki paras hormon estrogen berlebihan lalu gemar meluahkan pendapat dan pandangan sehingga dilihat seolah-olah membebel. 
6) Tujuan utama wanita terutama isteri membebel ialah untuk membuktikan kasih dan sayang kepada pasangan. 
7) Malah, sudah dibuktikan dalam kajian di mana kita melihat bagaimana wanita mampu melontarkan sehingga 30,000 kuota simbol dan kata-kata dalam sehari sedangkan lelaki hanya kira-kira 7,000 kuota yang sama. 

Kesimpulannya, apa yang penting adalah sikap tolak ansur antara pasangan... Banyak sebab wanita itu membebel...alam perkahwinan itu sangatlah indah namun banyak pancarobanya. Jika tidak cekap 'handlenya' rumahtangga yang dibina mudah runtuh dan dibawa ombak pantai. (Cewahhhh,pandai-pandai je aku ni kan.. hehe...) Terimalah wanita seadanya, diorang membebel pun sebagai tanda sayang dan ingat-mengingati...

WALLAHUALAM......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

ilovemyfamily. Powered by Blogger.