Container Icon

9 Fakta Menarik Apabila Lelaki Memasak


1) Menurut kajian, 99.9% lelaki di Malaysia amat pandai masak kari. Tapi megi kari saja la.
2) Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk.
3) Kadangkala apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah, bukan main bising lagi.
4) Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju. Yang lebih seksi hanya memakai tuala. Yang lagi kurang bersih memasak sambil menghisap rokok
5) Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur.
6) Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat. Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan main lagi besar.
7) Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri. Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam.
8 ) Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki. Yang penting, asalkan kenyang. Tapi kalau perempuan yang masak, komplen dia banyak sikit. Betul tak?


P/s : Hanya sebagai gurauan dan hiburan semata-mata, kalau ada yang sama tu mungkin kebetulan semata-mata :p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pesanan Imam Al Ghazali

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...

1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )

 
2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 )

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .


4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?"

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )

 
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.



5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.


6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ketupat Sotong

Ermmmm pertama kali aku mencuba untuk buat ketupat sotong ni... tekak ni tetiba jer terasa nak makan,so apa lagi aku ajak suami aku pergi ke pasar untuk mencari sotong...alhamdulillah rezeki ada...walaupun tak banyak tapi boleh la melepaskan keinginan aku untuk makan ketupat sotong... Haaaa gambar yang kat atas tulah hasil ketupat sotong yang aku buat hehehe.. pertama kali buat ok la jadi juga akhirnya walaupun pulut didalamnya terlembik sedikit... Yang penting suami aku kata ''SEDAP''...next time buat aku boleh perbetulkan pulut yang lembik tu..biasalahkan orang baru belajar mesti ada kekurangannya dari situlah kita dapat perbetulkannya....Aku nak kongsikan pada korang semua resepi untuk ketupat sotong ni....Ketupat sotong ini merupakan makanan tradisional Melayu di Pantai Timur.


Bahan-bahan (5-6 orang)

10 ekor sotong yang besar + gemok
1 cawan beras pulut
2 ulas bawang merah dimayang
1 1/2 inci halia dimayang
Santan
Garam dan gula
Halba (fenugreek)
Lidi yang dipotong pendek

Cara-cara
  1. Bersihkan bahagian dalam sotong.
  2. Rendam beras pulut selama 15 minit. Letak sedikit santan dan garam.
  3. Masukkan beras pulut ke dalam sotong. Tinggalkan sedikit ruang dan cucuk lidi di bahagian hujung sotong.
  4. Rebus sotong yang telah diisi pulut di dalam periuk sehingga beras pulut masak. Kemudian toskan sotong itu.
  5. Mayang bawang besar dan halia.
  6. Masukkan sotong yang siap direbus dalam periuk. Kemudian masukkan santan.
  7. Masukkan bawang besar, halia dan halba.
  8. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  9. Tunggu dalam masa 10-15 minit. Siap untuk dihidangkan

MUDAH + CEPAT + SEDAP....... YUMMYY !!!!! SELAMAT MENCUBA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 Jenis Wanita Yang Jadi Perhatian

1. Sikap KeibuanBanyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.

2. Keanak-anakanDalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3. Penuh PengertianSikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

4. MenghargaiWanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dengan wanita yang suka di perlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5. Menjaga PenampilanLelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6. Pandai BerbicaraLelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.

7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan DiriWanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.Apabila berhadapan dengan suasan yang baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8. Menghormati Diri SendiriLelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9. Simpati dan Prihatin Lelaki suka wanita yang murah hati,mengambil berat, simpati pada nasib yang susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa Untuk Seorang Ibu

  • Khas untuk arwah bondaku yang telah kembali ke rahmatullah juga kepada semua yang bergelar ibu... Semoga ALLAH merahmatimu... AMEEN YA RABBAL ALAMIN...sayangilah ibu kita selagi mereka masih ada sesungguhnya syurga itu terletak dibawah telapak kaki seorang ibu...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 Tips Untuk Para Isteri Agar Di Sayangi Suami

Setiap isteri sudah pasti mendambakan kasih sayang dan perhatian daripada seorang suami. Namun tahukah anda wahai para isteri, untuk mendapat kasih sayang dan perhatian daraipada seorang suami bukanlah sesuatu yang automatik berlaku sebaik sahaja anda berkahwin dan berstatus suami isteri.
Malah usaha ke arah yang diinginkan itu perlu dilaku oleh para isteri agar ianya mendapat perhatian sang suami yang mungkin sibuk bekerja mencari rezeki untuk keluarga. Berikut adalah tip-tip yang sebaiknya diamalkan oleh si isteri untuk memastikan kasih dan perhatian suami tidak berkurangan sepanjang kehidupan berumahtangga:
 
  1. Berhias, namun tidak perlu bersolek hebat. Cukup sekadar senang dan manis dipandang
  2. Menyenangkan, jangan tidak tahu bergurau. Kebanyakan suami suka mengusik isteri, jangan cepat merajuk, sambut jenakanya dengan tawa
  3. Pandai mendahulukan suami, menghormati pandangannya. Minta izin jika ingin ke mana-mana dan minta keputusannya dalam urusan rumahtangga. Yakini suami sebagai pemimpin
  4. Bersikap sederhana dan jangan meminta suami di luar kemampuannya.
  5. Memanjakan suami seperti memotong kukunya, menyediakan air minuman atau mengurut badan jika ia kepenatan
  6. Bijak dan berpengetahuan kerana bertukar-tukar fikiran dan komunikasi berkesan penting untuk kebahagiaan rumahtangga
  7. Hormati hak peribadinya, jangan terlalu ‘busybody’ seperti sering memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dsb. Yakini kesetiaan suami
  8. Jangan membanding-bandingkan suami dengan suami orang lain yang lebih kaya atau berkedudukan
  9. Pandai menjaga diri apabila ke luar rumah, menjaga maruah suami
  10. Ada di sisi suami sewaktu jatuh dan bangunnya, meniup semangat sewaktu suaminya gundah, menemani suami mengharungi kehidupan dan mencintai suaminya sepenuh hati
Semoga tip-tip ini mampu membantu kita menyemai kasih sayang suami isteri. InsyaAllah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenapa Perempuan Suka Membebel


Membebel sangat sinonim dengan seorang wanita...bagi yang telah berkahwin seringkali dikatakan suka membebel...itu tak kena,ini tak kena hehe... aku salah seorang daripadanya..alhamdulillah nasib baik suami aku ni seorang yang penyabar.......Wanita memang tidak dapat lari dari sikap suka membebel.... Jom kali ni aku nak kongsikan pada semua informasi "KENAPA PEREMPUAN SUKA MEMBEBEL"..

1) Wanita membebel kerana inginkan perhatian.
2) Sebagai tanda peringatan.
3) Marah dan geram.
4) Fitrah wanita tidak suka memendam perasan.
5) Mengulas mengenai kecenderungan isteri kuat membebel terutama dalam konteks masyarakat tempatan, pakar motivasi dan psikologi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, berpendapat memang sudah lumrah semulajadi seorang wanita yang memiliki paras hormon estrogen berlebihan lalu gemar meluahkan pendapat dan pandangan sehingga dilihat seolah-olah membebel. 
6) Tujuan utama wanita terutama isteri membebel ialah untuk membuktikan kasih dan sayang kepada pasangan. 
7) Malah, sudah dibuktikan dalam kajian di mana kita melihat bagaimana wanita mampu melontarkan sehingga 30,000 kuota simbol dan kata-kata dalam sehari sedangkan lelaki hanya kira-kira 7,000 kuota yang sama. 

Kesimpulannya, apa yang penting adalah sikap tolak ansur antara pasangan... Banyak sebab wanita itu membebel...alam perkahwinan itu sangatlah indah namun banyak pancarobanya. Jika tidak cekap 'handlenya' rumahtangga yang dibina mudah runtuh dan dibawa ombak pantai. (Cewahhhh,pandai-pandai je aku ni kan.. hehe...) Terimalah wanita seadanya, diorang membebel pun sebagai tanda sayang dan ingat-mengingati...

WALLAHUALAM......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

20 Amalan Romantik Suami Isteri

1.) Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2.) Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman.
3.) Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4.) Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti ''I love you'' sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5.) Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6.) Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7.) Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8.) Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
9.) Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10.) Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11.) Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12.) Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13.) Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14.) Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15.) Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16.) Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17.) Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18.) Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19.) Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
20.) Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Wanita Sedunia 2012

Apa yang istimewanya tarikh 8 Mac setiap tahun? Untuk pengetahun semua tarikh 8 Mac merupakan hari yang istimewa untuk kaum wanita seluruh dunia kerana pada tarikh ini mereka akan diraikan dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa (International Woman’s Day).

Mari kita ambil tahu sikit, kenapa hari wanita ni diraikan? Hari wanita bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki.

Selalunya, di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang wanita di belakangnya. Keindahan dan kecantikan seseorang wanita itu terletak pada sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya. Kebijaksanaan wanita pula terletak pada hatinya. Wanita lebih cepat menangis daripada lelaki, itu memang sifat azalinya.

Wanita adalah kejadian yang terindah yang di cipta bagi melengkapi dan menutup kekurangan lelaki. SELAMAT HARI WANITA kepada wanita di seluruh dunia. Semoga kita akan lebih berwawasan dan berjaya seperti kaum lelaki.


Antara keistimewaan seorang wanita yang dianugerahkan oleh ALLAH :


1. Do'a  wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.  Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.
2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seperti orang yang senantiasa menangis Kerana takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka  keatas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka  pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita  yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga.
6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh  rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya  adalah syurga.
7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya  lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."
8. Syurga  itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu  maka jawablah  panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada  suaminya dan rekannya ( serta  menjaga sembahyang dan puasanya ).
12. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu  syurga mana saja yang dia kehendaki
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT  memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun )
15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan  menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
16. Apabila seorang perempuan  mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan  baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
17. Apabila seorang perempuan  melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan
18. Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan
19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rahsia Huruf Pada Nama

A - anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda.
Z - anda selalu bergaduh dengan seseorang.
Landa sangat percaya denga cinta dan mudah tengelam ke dalamnya.
I - anda mudah senyum dan boleh buat orang lain tersenyum.  
N - anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan
A anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda

A - anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda.
S - anda sangat broad-minded.
R - anda seorang yang gemar bersosial. 
U - anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa standing dengan orang lain.
L - anda sangat percaya denga cinta dan mudah tengelam ke dalamnya.
H - anda bukan seorang judgmental, tiada otak keadilan.
A - anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda.
S - anda sangat broad-minded
F - semua orang menyayangi.
A - anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda.
Z - anda selalu bergaduh dengan seseorang
U - anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa standing dengan orang lain.
H - anda bukan seorang judgmental, tiada otak keadilan.
I - anda mudah senyum dan boleh buat orang lain tersenyum.
R - anda seorang yang gemar bersosial.
A - anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda.
M - kejayaan mudah datang kepada anda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rahsia Tabiat Wanita

TABIAT ULAR
Menaruh dendam apabila mendengar sesuatu yg jahat tentang suami atau dirinya. Maka akan berkelahilah dia dengan orang lain.

TABIAT TIKUS
Dia adalah seorang wanita yg suka mencuri harta suaminya sendiri.

TABIAT KERA
Suka memakai baju berwarna merah, hijau dan kuning. Dia tidak suka memakai emas dan perak. Dia suka membesarkan diri di hadapan ramai.
 
TABIAT SERIGALA
Apabila suami ada di rumah, dia pura-pura menidurkan dirinya. Bila datang suaminya, dia akan berkata bahawa suaminya pergi berhiburan sedangkan dia sakit di rumah.

TABIAT ANJING
Suka memalingkan muka apabila bercakap dengan suaminya. Suka membantah dan mengherdik suami. Jika dia melihat suaminya berharta, dia mengasihi. Jika tiada berharta, dia akan menista dan membenci suaminya.

TABIAT KELDAI
Dia seorang wanita yang penakut. Namun, suka bersolek dan mencantikkan diri.

TABIAT KHINZIR
Wanita yang tiada berbuat baik. Suka makan minum sahaja untuk memenuhkan perutnya. Dia juga suka menjahanamkan harta suami dan tiada mahu berbuat ibadah.

TABIAT UNGGAS (BURUNG)
Suka berjalan dan berhiburan. Tetapi bila suaminya pulang, dia cemburu.

TABIAT KALA
Wanita yg sentiasa mengumpulkan jiran untuk mengumpat, mengadu, berbantah serta berbuat fitnah.

TABIAT KAMBING
Dia isteri yang berguna dan solehah. Dia mengasihi suaminya serta orang lain. Dia suka berbakti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rahsia Wanita Tanah, Api, Angin dan Air

WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20Mei), Virgo (24Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari)

Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa 

WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac-20 April), Leo (24 Julai-23 Ogos) dan sagittarius (23 November-21 Disember).

Dilahirkan sebagai pemimpin Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan

WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei-21 Jun), Libra (24 September-23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari-19 Februari).

Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja

WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun-23 Julai), Scorpio (24 Oktober-22 November) dan Pisces (20 Februari-20 Mac).

Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju .Mereka ini dipandu oleh perasaan hati .Mempunyai sifat mudah bersimpati. Berdaya imaginatif sentimental Mempunyai perasaan yang berubah-ubah,berhati-hati ,tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 Tempat Yang Dibolehkan Untuk Mengumpat

Hukum mengumpat itu haram dengan ijma’ melainkan pada 6 tempat yang diharuskan mengumpat padanya iaitu:
  1. Orang yang mengadu pada penguasa tentang kezaliman seseorang dengan menyebut nama orang zalim itu dan perbuatannya bertujuan untuk menghentikan kezalimannya
  2. Orang meminta tolong bagi menghilang maksiat pada sesuatu tempat kepada yang berkemampuan dengan menyebut nama pelaku maksiat dan kesalahannya bertujuan untuk menghentikan maksiat itu
  3. Orang yang meminta fatwa daripada yang berkelayakan tentang sesuatu masalah yang terpaksa menyebut nama dan kelakuan seperti seorang isteri bertanya tentang hal suaminya dan sikapnya yang buruk
  4. Orang yang menakutkan orang Islam lain tentang kejahatan seseorang supaya terselamat daripada keburukan orang itu seperti menyebut kelakuan jahat seseorang perempuan yang diingini untuk dikahwini bila ditanya agar bakal suaminya tidak tertipu dan selamat
  5. Menyebut nama seseorang yang masyhur dengan nama buruk seperti Amin Tempang dan sebagainya
  6. Menyebut nama orang yang menzahirkan kejahatannya bertujuan supaya orang lain berhati-hati dengannya dan juga agar dia menghentikan kesalahannya itu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

koleksi kasut Pelik










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa Pendinding Diri

Maksud : Aku berlindung dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan dengan Kalimat-Kalimat Allah yang Sempurna yang tidak ada “melampauinya” segala kebaikan mahupun keburukan dari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi  dan apa yang keluar darinya dan dari kejahatan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan dari kejahatan fitnah di malam dan siang  hari dan dari kejahatan jalan-jalan  dimalam dan siang hari, kecuali suatu jalan yang dilalui dengan kebaikan, wahai yang Maha Penyayang.


(Ta’awudz (doa perlindungan) diatas diajarkan oleh Malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah SAW ketika malam Isra’ dan Mikraj. Ketika itu Nabi SAW dihadang oleh jin ifrit yang diutus oleh iblis yang membawa obor untuk membakar Nabi Muhammad SAW. Lalu Rasulullah membaca doa perlindungan tersebut sehingga ifrit tersebut kalah menyingkir (H.R Iman Al-Bukhari)

Kegunaan: Boleh amalkan untuk tujuan pendinding diri. Lebih lengkap jika digabungkan bersama selawat sifa’ dan ayat Jabalin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa Di Murahkan Rezeki

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berhajat kepada sebarang rezeki anugerah serta pemberian yang engkau berikan.” -Doa Nabi Musa-

Hujan yang turun melimpahkan rahmat. Makanan yang baik dan halal membawa berkat. Perniagaan yang maju mengurniakan nikmat. Zuriat yang baik mendoakan kebahagiaan di akhirat.

Meski rezeki setiap manusia sudah ditentukan Allah, usaha perlu dikerah, berserah jalan terindah. Pintalah dengan penuh kerendahan, pasti Allah sedia mengabulkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Antara Kuih Tradisional Yang Aku Suka Makan

                                                           
                                       
                                                                            
                                             
      
                                                     

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Surah Penghibur Hati

SURAH AL-KHAUSAR.

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

P/S ~ Bacalah surah ini sekerap yg mungkin bila bersedih.. InsyaAllah kesedihan yg dialami akan hilang… mari beramal…

 Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

     Janganlah bersedih wahai jiwa,
sekiranya engkau beriman kepada allah,
percaya kepada ketentuan qada' dan qadarnya,
     ada hikmah yang tersembunyi .

    Janganlah bersedih jiwa yang tenang,
kerana bersangatan sedih itu membuatkan
    dirimu dinodai syaitan

   Janganlah bersedih wahai jiwa yang lara,
kerana bersama engkau ialah TUHAN yang maha
   mendengar rintihan hamba-hambanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ciri-Ciri Seseorang Yang Lahir Bulan Ferbruari

"Allah menjadikan manusia daripada jasad yang berkembang sejak dari percantuman benih sehingga ia diisikan dengan roh dan seteruskan dilahirkan menjadi bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan menjadi tua. Perkembangan jasad membawa sama ciri-ciri dari satu generasi ke satu generasi  melalui kod-kod yang terkandung di dalam genetiknya. Genetik ini lah yang membentuk fizikal manusia yang mana terdedah kepada persekitaran bagi setiap individu."

Berikut adalah cici-ciri seseorang yang lahir pada bulan FEBRUARI : (hehe..aku salah sorangnya)  
    * Berfikiran abstarak
    * Sukakanbenda yang reality dan abstarak
    * Inteligent, bijak dan genius
    * Berpersonality yang mudah berubah
    * Mudah menawan orang lain
    * Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
    * Jujur dan setia pada segalanya
    * Keras hati untuk mencapai matlamat
    * Tidak suka dikongkong
    * Mudah memberontak jika dikongkong
    * Suka kegiatan lasak
    * Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
    * Mudah mempamirkan marahnya
    * Tidak suka kepada benda remeh temeh
    * Suka berkawan tapi kurang mempamerkanya
    * Sangat berani dan suka memberontak
    * Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya
    * Pemerhatian yang tajam
    * Suka hiburan dan sukan
    * Suka benda yang bersifat seni
    * Sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran
    * Berkecenderungan kepada benda yang tahyul
    * Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
    * Belajar untuk mempamirkan emosi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Koleksi Gambar Lawak




















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Indahnya Ciptaan Tuhan


Tempat ini dipanggil Kalavaara Halli dan gunung di sini pula dipanggil Kalavaarahalli Betta
(juga dipanggil sebagai Skanda Giri). Ia terletak berhampiran Chikkaballapura - sebuah bandar kecil di daerah luar bandar Bangalore.

Sungguh menakjubkan ciptaan tuhan. Sungguh indah dan mendamaikan. Berada disini seperti sedang berada di awan-awangan. Menikmati pemandangan yang cukup berbeza dan hebat. Bertapa besarnya kekuasaan yang Maha Kuasa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terciptanya Manusia

* Persenyawaan

* Satu bulan
Bayi adalah embrio yang mempunyai dua lapisan sel, yang kemudiannya akan bertukar menjadi organ-organ dan tisu-tisu.

* Dua bulan
Pada masa ini, saiz bayi adalah lebih kurang saiz kacang merah dan dia sentiasa bergerak. Dia mempunyai jari tangan berselaput.

* Tiga bulan
Pada masa ini, panjang bayi sekitar 7sm hingga 8sm (3in) dan berat badannya lebih kurang separuh buah pisang. Dia sudah mempunyai cap jarinya.

* Empat bulan
Bayi sekarang berukur 13sm (5.5in) dan berat badannya 140g (5oz). Rangkanya mula mengeras dari tulang rawan yang lembut menjadi tulang.

* Lima bulan
Kening dan kelopak matanya telah siap dibentuk. Ukuran bayi akan melebihi 27sm (10.5in) jika  meregangkan kakinya.

* Enam bulan
Berat badan bayi sekitar 660g (1.5 paun). Kulitnya yang berkedut mula menjadi lembut dan licin bila ditempatkan lemak.

* Tujuh bulan
Pada masa kini, ukuran panjang bayi melebihi 40sm (15in). Dia boleh membuka dan menutup matanya dan mungkin melihat sekitarannya.

* Lapan bulan
Berat badan bayi sekarang sekitar 2.2kg (4.7 paun). Lapisan lemaknya bagai "mengisikannya", menjadikan bayi kelihatan comel montel, dan paru-parunya sudah siap berkembang

* Sembilan bulan
Sudah hampir masa bersalin! Secara purata, bayi lelaki yang baru lahir berukur 52sm (20.5in) dengan berat badan 3.4kg (7.5 paun), dan bayi perempuan yang baru lahir berukur 50sm (19.7in) dengan berat badan 3.2kg (7 paun), tetapi bayi-bayi memang banyak perbezaannya pada masa ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

26 Fakta Menarik Mengenai Manusia

  1. Mata wanita akan berkelip lebih dua kali ganda daripada lelaki.
  2. Seseorang akan lebih tinggi 1cm pada waktu pagi dan petang berbanding waktu malam. Ini adalah disebabkan lapisan tulang rawan pada bahagian sendi akan terbuka pada waktu siang.
  3. Dianggarkan sebanyak 550 helai rambut pada bahagian bulu mata.
  4. Kebanyakan zarah debu dirumah adalah hasil daripada kulit mati anda.
  5. Seorang bayi lahir tanpa tempurung lutut. Ia akan mula terbentuk ketika mereka berusia 2-6 tahun.
  6. Tubuh anda menghasilkan dan membunuh 15 juta sel darah merah pada setiap saat.
  7. Secara purata, manusia menghasilkan 10,000 galon air liur sepanjang hidup mereka.
  8. Jari paling sensitif untuk manusia adalah jari telunjuk.
  9. Berat badan manusia adalah 40 kali ganda daripada berat otak.
  10. Sekiranya makan terlalu kenyang, pendengaran anda akan semakin tidak jelas.
  11. Dianggarkan seseorang akan menelan sebanyak 295  kali ketika makan malam.
  12. Air kencing anda akan berwarna kuning cerah sekiranya banyak memakan ulam-ulaman.
  13. Tenaga yang dilepaskan sekiranya 1 billion orang melompat pada masa yang sama adalah dianggarkan separuh daripada tenaga nuclear.
  14. Purata bayi akan lahir didunia adalah selang 7 saat.
  15. Seseorang dianggarkan bernafas 10 juta kali setahun.
  16. Pada ketika ini, jumlah orang yang hidup adalah lebih banyak daripada orang yang telah mati.
  17. Tubuh manusia lebih sesuai untuk tidur selama 4 jam 2 kali sehari berbanding daripada tidur lapan jam sekali sehari.
  18. Dianggarkan janggut seorang lelaki mengandungi antara 7,000 hingga ke 15,000 helai rambut.
  19. Janggut lelaki akan tumbuh sekitar 140 mm setiap tahun.
  20. Rambut adalah 70 peratus lebih mudah untuk dipotong ketika direndam dalam air suam selama dua minit.
  21. Tulang paling keras pada tubuh manusia adalah tulang rahang.
  22. Diameter rambut wanita adalah separuh daripada diameter rambut lelaki.
  23. Kaki adalah bahagian tubuh yang paling sering digigit oleh serangga.
  24. Kuku yang paling cepat untuk tumbuh adalah kuku jari hantu.
  25. Otot paling kuat pada tubuh manusia adalah lidah.
  26. Manusia pertama kali dijangkiti virus HIV pada tahun 1930-an.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
ilovemyfamily. Powered by Blogger.