Container Icon

Lelaki Baik Idaman Seorang Wanita





Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.


* Kuat amalan agamanya.
Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
 
* Akhlaknya baik
Iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
 
* Tegas mempertahankan maruahnya.
Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

* Amanah.
Tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

* Tidak boros
Tidak kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
 
* Menjaga mata
Dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
 
* Pergaulan yang terbatas.
Tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
 
* Mempunyai rakan pergaulan yang baik.
Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
 
* Bertanggungjawab.
Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
 
* Wajah yang tenang.
Tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

ilovemyfamily. Powered by Blogger.