1) Tuntutan agama Islam yang suci.
- Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.
“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang
dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Fatimah Az-Zahra
kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa dengan teruk dalam keadaan
itu?
Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung
rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup
rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.
2) Mengurangkan dosa daripada terus dimurkai ALLAH
- Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda
dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10
dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah
berapa ribu lelaki yang akan anda temui hampir siap hari.
3) Lebih cerdik,selesa dan sihat
-Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat
dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan
mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir
dengan cepat dan baik.
Pemakaian tudung juga akan mengelakkan kepala dihinggap oleh serangga-serangga yang akan merosakkan rambut dan kepala.
4) Tidak membazir
- Tak perlu lagi ke kedai rambut atau salun untuk mencantikkan rambut
dan membuang masa dengan meluruskan rambut dan mewarnakan rambut serta
tidak membazir wang!
5) Lebih sopan dan manis
- Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan
manis. (Jadi korang yang paling penting pilih wanita yang bertudung
dahulu )
6) Rambut lebih tahan lama dan sihat
- Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan dan
menggalakkan keguguran rambut. Walaupun anda memakai pelbagai bahan
kosmetik pelindung, hakikatnya bahan itu mengandungi bahan kimia yang
berbahaya untuk rambut!
7) Menjadikan diri anda “Mahal”
- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah
epal manis yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana
kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.
8 ) Lebih dihormati dan dihargai
- Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya
menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda
begitu dikagumi
9.) Lebih disayangi oleh ALLAH
- Wanita yang bertudung dengan cara yang betul serta melaksanakan
perintah ALLAH akan terus dilindungi oleh ALLAH sehingga akhirat.
10.) Calon Isteri
- Kebanyakan statisitik yang diambil di Asia Tenggara. Ramai lelaki
yang menjadikan wanita islam yang bertudung sebagai pilihan utama mereka
sebagai isteri.
0 comments:
Post a Comment