Ungkapan " Syurga di bawah telapak kaki Ibu ", cukup mengambarkan betapa istimewanya menjadi seorang wanita yang bergelar ibu. Walaupun tugas dan tanggungjawab yang dipikul amat berat, ia tidak seharusnya menimbulkan keluh kesah kepada Ibu.
Sebenarnya jika anda tahu apa yang bakal anda perolehi sebelum dan semasa bergelar ibu, anda tentu ingin menjadi ibu untuk selama-lamanya. Mari kita sama-sama berkongsi himpunan dari hadis-hadis Rasulullah S.A.W tentang KEISTIMEWAAN IBU.
* Apabila seorang wanita mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para Malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari 1000 kebajikan dan menghapuskan 1000 kejahatan.
* Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatat baginya pahala orang-orang yang berjihad kepada jalan Allah.
* Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
* Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya Allah berikan dia satu kebajikan.
* Apabila semalaman sibuk tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membinan agama Allah.
Apa yang tercatat di sini adalah sebahagian kecil dari keistimewaan seorang ibu disisi Allah. Kalau kupu-kupu pun tahu meletakkan telurnya di bawah daun supaya musuh tidak memusnahkannya, anda sebagai ibu betapalah lagi patut kasih dan cinta terhadap bayi-bayi anda sendiri, yang dilahirkan dengan segala derita dan susah payah.
0 comments:
Post a Comment